Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kapal perang China berlayar terlalu hampir dengan sebuah kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), memaksanya mengubah haluan dalam keadaan tidak selamat dan pertembungan tidak profesional ketika kapal AS itu berada perairan antarabangsa di Laut China Selatan, kelmarin.
Jurucakap tentera AS berkata, kapal pemusnah peluru berpandu USS Decatur ketika kejadian sedang melakukan operasi kebebasan berlayar kelmarin sebelum ia menghampiri Terumbu Gaven dan Johnson di Kepulauan Spratly pada jarak 12 batu nautika.
Katanya, semasa operasi itu, kapal pemusnah China, Luyang menghampiri USS Decatur dalam cara tidak selamat dan profesional pada jarak hanya beberapa meter memaksa kapal Amerika berkenaan mengubah haluan. - AFP
2 Oktober 2018 - 17:26
News ID: 911343
Sebuah kapal perang China berlayar terlalu hampir dengan sebuah kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), memaksanya mengubah haluan dalam keadaan tidak selamat dan pertembungan tidak profesional ketika kapal AS itu berada perairan antarabangsa di Laut China Selatan, kelmarin.